< Hari 21 : Zabur bab 98 >

Nyanyikanlah bagi Allah suatu nyanyian yang baru;
Dia telah mewujudkan beberapa keajaiban;
Kudrat kudus-Nya telah membawa penyelamatan;
Allah telah memaklumkan penyelamatan-Nya,
Dan menyatakan kebenaran-Nya di hadapan mata segala bangsa.

Serta mengingatkan kemurahan dan kesetiaan-Nya kepada keluarga Yakob,
Setiap pelusuk bumi telah melihat penyelamatan-Nya.

Bersorak-sorailah bagi Allah, hai segala isi bumi;
Angkat suaramu, bersoraklah serta menyanyi.

Nyanyikanlah puji-pujian bagi Allah dengan iringan kecapi;
Dengan kecapi, dan dengan suara yang merdu;
Dan dengan serunai serta nafiri,
Bersorak-sorailah di hadapan Raja, iaitu Allah.

 

Pujilah Allah sebulat hatimu kerana Dia memang patut dipuji.

 

 

Undur | Mara | Indeks